top of page
White Background

Bayi Kuning Di Rumah? Apa Perlu Saya Tahu?


ree

Ibu bapa akan lebih cenderung untuk berasa penat kerana terpaksa memenuhi banyak keperluan bayi pada awal kelahiran.

Ibu Bapa akan berasa lebih gusar apabila mula mengetahui tentang keadaan anak yang disahkan kuning.


MARI KENALI TANDA-TANDA KUNING BAYI/ JAUNDIS


Jaundis biasanya bermula sekitar hari kedua hingga ketiga kehidupan. Muka bayi akan kelihatan kuning terlebih dahulu dan kemudian akan turun merebak ke dada dan kakinya. Bahagian putih mata juga boleh menjadi kuning.


Untuk menguji jaundis, tekan hujung jari anda pada hujung hidung atau dahi anak anda. Jika kulit kelihatan putih (berfungsi untuk semua kaum), maka tidak ada jaundis. Jika kulitnya kuning atau sedikit kuning, hubungi pakar pediatrik anda dengan segera. Kebiasaannya jururawat yang membuat lawatan ke rumah akan memberitahu para ibu untuk memeriksa paras kuning dalam darah di klinik berdekatan.


Jaundis boleh merbahaya kepada bayi, berkemungkinan menyebabkan pekak, cerebral palsy, kerosakan otak, atau bahkan menunjukkan masalah dan tanda hepatitis.

Comments


Tips Berharga Terus Ke Email Anda!

Terima Kasih!

  • Facebook
  • Instagram
  • Whatsapp

© 2021 by LittleBili. Powered and secured.

bottom of page