top of page
  • Whatsapp
  • Black Facebook Icon
  • Black Instagram Icon

Rawat kuning bayi dengan selesa!

LittleBili diasaskan pada 1 April 2021 oleh Dr Amir dan Dr Akmal

(sudah tentu dengan bantuan dan sokongan pasangan mereka,

Dr Shazana dan Dr Fatin).​

​

Kedua-dua mereka bercita-cita tinggi untuk membantu ibu bapa merawat kuning bayi

dengan selamat dan selesa terutama di rumah mereka sendiri.​

​

Terdapat banyak Perkhidmatan Fototerapi di luar yang tidak diselia dan dipantau oleh kakitangan kesihatan bertauliah.​

​

Dengan bimbingan Dr Amir dan Dr Akmal, LittleBili berada di Melaka untuk memastikan rawatan fototerapi yang selamat boleh dilakukan di rumah anda.

Hello!

Kami Ialah Kumpulan LittleBili

Kini kami bersedia untuk memberi perkhidmatan sewaan dan konsultasi bagi membantu merawat kuning (jaundice) bayi di rumah anda.

(terutama di Melaka)

  • Whatsapp
  • Facebook
  • Instagram
ibu cium anak.png
WhatsApp Image 2023-01-21 at 08.29_edited.jpg

Falsafah LittleBili

Rawatan kuning bayi bukanlah suatu perkara yang mudah untuk ibu bapa.

 

Kebanyakan waktu, ibu dan bapa terpaksa mengorbankan banyak masa dan tenaga untuk memastikan kuning bayi tidak berada pada paras bahaya.

 

Ramai yang mengeluh kerana terpaksa berjauhan dengan bayi jika bayi terpaksa ditahan di wad kerana kuning yang tinggi. 

Ibu bapa juga terpaksa berulang hampir setiap hari untuk ke klinik bagi memeriksa tahap kuning bayi terkini.

​

Perkara ini sedikit sebanyak akan membebankan ibu bapa dan menjadikan mereka lebih penat saban hari.

​

Kini LittleBili telah merawat lebih 500 bayi di seluruh Melaka, selatan Negeri Sembilan dan Utara Johor.

​

Kami menyediakan perkhidmatan sewaan lampu fototerapi ke rumah agar ibu bapa dapat terus berehat dan selesa bersama keluarga.

Tips Berharga Terus Ke Email Anda!

Terima Kasih!

  • Facebook
  • Instagram
  • Whatsapp

© 2021 by LittleBili. Powered and secured.

bottom of page